Mazhab Hanafi

HANAFI: Mazhab Perundangan Islam Pertama
Saya sebenarnya tidak suka dengan nama ini, "Sekolah perundangan Islam". Namun ini adalah sebenarnya terjemahan daripada bahasa Inggeris, Islamic School of Laws. Dalam bahasa Melayu, kita sudah ada bahasa sendiri yang diambil daripada bahasa Arab iaitu Mazhab. Mazhab sebenarnya adalah aliran perundangan yang lahir setelah zaman tabi'in. Zaman tabi'in ialah zaman selepas zaman sahabat Rasulullah. Kita memerlukan huraian yang lain tentang konsep 'mazhab' itu, dah saya cuma ingin masukkan tentang Mazhab Hanafi.

Mazhab ini telah lahir di bandar Kufah, Iraq. Pada masa zaman khalifah al-Rasyidin, pemerintah, Khalifah Umar telah menghantar seorang sahabat Rasulullah bernama Abdullah bin Mas`ud atau lebih kita kenali sebagai Ibn Mas`ud (meninggal tahun 32H). Ibn Mas`ud, kita selalu dengar, sebagai seorang periwayat hadith yang masyhur juga, bahkan seorang yang banyak mengetahui tentang hukum fiqh. Kalau antara para sahabat Rasulullah, Ibn Mas'ud mempunyai aliran perundangan tersendiri, selain daripda Ibn Abbas. Dua aliran fiqh yang saling berlawanan. Ibn Mas`ud agak rigid, manakala Ibn Abbas agak fleksibel.

Datangnya Ibn Mas`ud ke Kufah, telah menghasilkan murid yang menjadi ulama' terkemuka zaman tabi'in seperti `Alqamah al-Nakh`i, Masruq al-Hamdani, al-Qadi Syurayh, Ibrahim al-Nakh`i, Amir al-Sya`bi dan Hammad Ibn Abu Sulayman.

Di bandar Kufah ini jugalah, lahirnya mazhab Hanafi, yang berasaskan kepada pemikiran Imam Abu Hanifah, atau nama sebenarnya Nukman bin Thabit, yang merupakan murid kepada Hammad bin Abu Sulayman (meninggal 120H). Nukman sebenarnya seorang peniaga kain, seorang usahawan yang aktif di pasar. Beliau juga seorang yang pintar dan sarjana. Gabungan kesarjanaan dengan pemikiran usahawan ini menghasilkan suatu pemikiran yg begitu luar biasa, memberikan beliau kemampuan yang hebat dalam aspek analogi (qiyas) dan pemikiran ekuiti (istihsan). Justeru, aliran pemikiran beliau dikenali sebagai aliran al-ra'y atau ahli al-ra'y atau "aliran pemikiran".


Maksud pemikiran ahli al-ra'yi dalam apa yang saya tulis di atas ialah pemikiran berasaskan logikal dan analogi, berbanding pemikiran berasaskan sumber nas. Lawan kepada pemikiran aliran ahli al-Ra'yi adalah Ahli al-Hadith. Ahli al-Hadith lebih menggunakan sumber daripada sirah dan sejarah Rasulullah berbanding mengutamakan penggunaan interpretasi akal.

Antara sebab yang dilihat mengapa Imam Abu Hanifah lebih banyak menggunakan kaedah Qiyas, atau analogi logikal dan istihsan (pilihan juris) ialah kerana kedudukannya di Kufah adalah jauh dengan Mekah dan Madinah yang merupakan pusat pengajian Sunnah dan Hadith Rasulullah. Sebab itu, menurut kaedah Imam Abu Hanifah, seandainya terdapat dalil yang kurang diyakini datang daripada Rasulullah, beliau lebih mengutamakan qiyas, atau kaedah analogi.

Apakah kaedah Analogi? Kaedah analogi ialah MENYAMAKAN HUKUM SESUATU PERKARA BARU YANG TIDAK DISEBUTKAN OLEH NAS (QURAN ATAU HADIS) DENGAN HUKUM PERKARA YANG DISEBUT OLEH NAS KERANA TERDAPAT PERSAMAAN 'ILLAH' ANTARA KEDUA-DUA KES TERSEBUT.
ILLAH atau ratio decidendi ialah persamaan yang boleh dijadikan sandaran antara kedua-dua perkara itu. Contohnya Dadah tidak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Namun disebut Arak dan illah pengharaman arak ialah kerana sifat khayal, mabuk dan merosakkan fungsi akal. Oleh kerana illah yang sama dengan arak terdapat di dalam Dadah, maka hukum Arak mesti diletakkan jugak pada dadah.
Dalam undang-undang lazim Inggeris, kaedah ini dinamakan doctrine of precedent, di mana ratio decidendi dalam sesuatu kes terdahulu dianggap binding terhadap kes-kes yang baru.

Sumber : http://www.extro.biz/portal/

Bosan = Stress: Elakkan

 Dipetik Dari: Paradigman
Salam 1Malaysia buat pembaca budiman.

Kita seringkali mendengar perkataan ‘stress’ atau tekanan, samada melalui media elektronik, atau mengalaminya sendiri dalam kehidupan kita. ‘Stress’ datang dan pergi dalam kehidupan dan kadang kala ia seperti tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seharian kita.

Daripada pembacaan saya, ada yang mengatakan bahawa stress ini bermula dari rasa bosan. Bosan pula ada pelbagai sebab dan punca, samada di rumah atau tempat kerja, bahkan semasa dalam perjalanan (menaiki kenderaan) pun kita boleh merasa bosan. Rasa bosan ini kalau tidak ditangani, maka ia akan merebak menjadi stress. Wallahu a’lam.

Ada beberapa petua atau ‘tips’ menangani ‘stress’ yang saya nak kongsikan bersama pembaca budiman. Dari segi keberkesanannya, saya tak bolehlah nak beri jaminan, kerana ia tertakluk kepada sejauhmana anda yakin dan menghayatinya.


TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS 

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk. Ini kerana wuduk itu merupakan lambang kesucian, dan dalam keadan berwuduk kita boleh melakukan beberapa perkara yang pada dasarnya adalah haram atau berdosa jika dilakukan tanpa wuduk. Contohnya haram atau berdosa mengerjakan solat dan memegang al-Quran tanpa wuduk. Jika martabat wuduk itu begitu tinggi dan menjadi syarat dalam ibadah kepada Allah, maka sewajarnyalah ia akan berperanan juga dalam memberi ketenangan jiwa dan mengurang atau menghapuskan stress.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an. Membaca al-Quran merupakan ibadah. Ganjaran yang Allah swt janjikan bukan pada setiap ayat atau perkataan, tetapi setiap huruf yang dibaca. Al-Quran juga merupakan ‘perlembagaan’ bagi umat Islam, yang mengandungi perintah dan tegahan Allah swt. Kalau begitulah hebat ganjaran yang Allah janjikan, masih adakah lagi rasa resah gelisah dan stress apabila kita membacanya?

3) Banyakkan solat sunat. Solat sunat selain solat fardhu 5 waktu yang Allah telah tetapkan, merupakan masa dan waktu kita berada dekat dengan Allah. Ketika inilah kita berpeluang untuk ‘berbicara’ dengan Allah dan mengadu kepadaNya disamping memohon agar diberi kelapangan jiwa. Allah telah berjanji bahawa “sesiapa yang mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekatinya sehasta”. Maka adakah kita akan merasa stress setelah bermunajat kepada Allah?

4) Cintai diri sendiri. "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Kalau kita mencintai diri kita sendiri, adakah kita perlu menyiksa diri dengan membiarkan stress menguasai diri.

Sekadar perkongsian. Semoga kita dikurniakan kelapangan jiwa dan dada dalam menghadapi tugas seharian.  Jika niat kita adalah untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Allah, nescaya segala tugas akan dapat dilaksanakan dengan gembira.

HIDUP BAHAGIA TANPA ‘STRESS’.

Kasih sayang pulihkan skizofrenia

Dipetik dari Utusan Malaysia

RAI MAN berusia 30 tahun dan masih bujang. Dia menyewa sebuah pangsapuri di sekitar ibu kota. Sebelum memegang jawatan eksekutif di sebuah bank, dia pernah beberapa kali bekerja di tempat lain.

Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang sudah berkahwin. Bapa Rai Man meninggal dunia sejak dia berumur 18 tahun. Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang berkomunikasi dalam suasana yang mesra. 

Mengikut kalendar Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun naga - dipercayai membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang melarat, si ibu terpaksa membantu menjaga anak orang lain untuk menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah menikmati perasaan kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian dan manja daripada bapanya namun hasrat itu hanya tinggal impian. 

Sejak bapanya meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi renggang. Rai Man jarang meluahkan perasaan kepada sesiapa. Kebelakangan ini, Rai Man menjadi amat tidak bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang ingin meragut nyawanya. Ketika di rumah atau di pejabat, Rai Man suka bersendirian dan bercakap seorang diri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan perbezaaan yang ketara dalam tingkah lakunya. Mereka berasa hairan mengapa Rai Man berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi. 

Rai Man tidak datang ke pejabat selama tujuh hari berturut-turut tanpa memaklumkan majikannya. Ibu dan ahli keluarga yang bimbang dengan perkembangan itu mendampingi Rai Man untuk mengetahui masalah sebenar pemuda itu. Menurut Rai Man, kebelakangan ini dia diekori seseorang dengan tujuan merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan perasaan hati, air mukanya cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis teresak-esak dan berasa amat khuatir dengan keadaan anak yang tidak stabil. Ahli keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba menyorok diri di belakang tirai kononnya si penjahat yang ingin membunuhnya ada di sebelah rumah.

Halusinasi
Pada tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain. Keadaan ini dinamakan sebagai halusinasi atau hallucination. Dia juga mempunyai kepercayaan yang tidak realistik jika dibanding dengan norma masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh kumpulan pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi atau delusion. Seisi keluarga amat bimbang dengan keadaan Rai Man dan mengajaknya tinggal bersama dengan mereka.
Dia hanya tidur lena selama tiga atau empat jam dan menimbulkan gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man memberitahu ahli keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli barangan. Namun, selepas beberapa jam dia masih tidak pulang. Selepas puas mencari, rupa-rupanya dia merayau di sepanjang jalan raya, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan tertekan dengan kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius? Mungkinkah peninggalan bapanya sejak remaja meninggalkan kesan negatif yang begitu mendalam? Ataupun hubungan keluarga yang kurang baik melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil? 

Hakikatnya punca sebenar skizofrenia sukar diperolehi. Menerusi kisah benar ini, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Dr. Tam Cai Lian berkongsi maklumat tentang skizofrenia.
Ciri-ciri umum skizofrenia
Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada keseluruhannya, pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:


  • Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.

  • Suka bercakap dan ketawa bersendirian.

  • Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.

  • Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.

  • Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.

  • Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.

  • Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.

  • Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.

  • Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.

  • Cadangan rawatan yang berkesan
  • Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.

  • Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.

  • Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.

  • Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

  • Menerima rawatan pakar yang terlatih.

  • Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

  • Perdana Menteri Turki dan Israel Bertengkar


    (Video) Gambar di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.

    Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.

    Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.

    Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

    Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata, “You’re killing people!!”

    Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.

    Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza kelmarin (Jumaat) sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.

    Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).

    Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).

    FULL VIDEO:-

    ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU

     1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

     2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).
     Sabda Rasulullah S.A.W.:
     Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
    demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
     3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:
    (a)   air mutlak;
    (b)   benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.
     
    4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:
    (a)   bahan-bahan makanan seperti roti;
    (b)   tulang-tulang binatang;
    (c)   kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.
     
     CARA BERISTINJAK
     
    1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :
     (a) menggunakan air mutlak;
         i.     bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
              ii.       pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.
         (b)  menggunakan benda kesat atau batu
         i.     hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
              ii.      jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu  tersebut,
             iii.       sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.
         (c) menggunakan air dan batu;
        i.     menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
              ii.     kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya
                       Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).
     
    2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.
     
    3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:
     (a) alat tersebut kering dan bersih;
    (b) alat tersebut bukan daripada benda yang
    (c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;
    (d) najis tersebut masih belum kering;
    (e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
    (f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;
    (g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.
     
    Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:
     
    (a)  menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;
    (b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;
    (c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;
    (d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;
    (e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.
       
    SAMAK
      1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
    2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
      Sabda Rasulullah S.A.W.:                    
    Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)
     
      SERTU
     1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
    2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
        dan satu kali dengan air tanah.
    3.  Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.
     
    HIKMAT SERTU DAN SAMAK
     
    1.  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
    2.  Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.
    3.  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan
    semua peralatan harian.
    4.  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
    5.  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
    6.  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.

    Akibat Bercinta

    Kepada semua orang bawah 18 yang baru nak bercinta saya suggest jangan la bercinta disebabkan oleh beberapa sebab:

    1.Anda akan dibelengu masaalah jika anda terasa ataupun cemburu.
    2.Akedemik anda mungkin merudum dan diri anda akan mengelarnya zaman kejatuhan.

    3.Anda mesti akan dipermainkan tak kira lelaki atupun wanita.
    4.Dikuasai oleh nafsu yang tinggi yang disebabkan anda kekancah zina.
    5.Anda mungkin murung macam saya disebabkan orang yang anda sayang tinggalkan anda.

    Saya menulis artikel ini disebabkan saya mengalaminya sendiri.So kepada adik-adik ataupun kakak korang pikir lah sendiri.

    Cinta ada dua jenis:
    1.Cinta Manusia
    -Setia dan sanggup meluahkan kata-kata sayang walaupun hati rasa membenci ataupun meluat.Sanggup susah senang bersama dan sanggup menangis untuk mendapat cintanya.
    -Tidak pernah mempermainkan hati orang yang ade perasaan sayang yang mendalam.
    -Sanggup mengajar kamu walaupun dijerkah ataupun diradang.

    2.Cinta Beruk
    -Buat tak kisah dengan kita dan selalu membuat perkara yang kita tak suka.
    -Mempermainkan hati orang atau tak hitau perasaan orang lain yang terluka.
    -Suka berseronok dengan orang lain.
    -Suka bernafsu tak kira siang dan malam.
    -Tinggalkan orang itu tanpa rasa kasihan dan sebagainya.

    So korang pilih lah sendiri korang nie di ketegorikan sebagai beruk ke atau manusia.
    Sebarang komen amat dihargai.Saya harap tiada yang terasa.So jikalau anda sayang pakwe ataupun makwe anda sama-samalah anda menjayakan hubungan anda ke arah pencapaian akedemik ataupun ke arah kebaikan.Dalam kelas saya ade seorang budak ni yang perangai dari jahat menjadi baik sebab ade dorongan kekasihnya di dalam kelas yang banyak ubah hidup dia dari pada tak cerdik kepada cerdik.

    Pelajar Dapat Ilham Dalam Tandas Semasa Peperiksaan Dijalankan.

    Pelajar sekolah yang kerap masuk ke tandas sewaktu peperiksaan dijalankan  kerana mereka mendapat banyak wahyu dan ilham  di dalam tandas yang terukir pada dinding tandas sekolah.Perbincangan atau forum yang dijalankan secara bertulis di didinding tandas semasa peperiksaan dijalankan boleh diketegorikan sebagai kesalahan meniru.Apabila anda lihat seseorang itu akan senang hati dan mood berubah menjadi happy dan memadam semula jawapan dan membetulkan balik.Sesetengah pelajar masih menggunakan taktik kotor ini semasa peperiksaan.

    Saya paling tak berpuas hati kerana amalan ini tidak jujur dan boleh menjatuhkan prestasi saya dan pelajar lain.

    Send SMS Percuma!

    Sign Up menggunakan no telefon bimbit anda.Sumua jenis operator boleh diguna pakai.Tak perlu kadar charge atau bayaran pun kecuali anda sendiri yang perhabiskan kredit anda.Semua sms mengikut limit yang ditetapkan oleh pihak mostsms.com.Setiap transaksi sms tepat pada penerimanya.Selain itu anda juga boleh memilih template yang disediakan oleh pihak mostsms contoh seperti template birthday , template cinta, template kawan-kawan dan lain-lain lagi.Sebarang maklum balas dari pihak kamu akan kami nilaikan.Sekian sahaja suggestion dari kami.Assalamualaikum!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...