Pengakuan remaja yang Bercinta, bercouple bedua-duaan, aksi ringan2 dan akhirnya terlanjur...WHY?...MUST READ...

Semuanya bermula dengan perkataan CINTA

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (surah Al-isra' ayat 32)

RAMAI REMAJA YG BERCINTA SEBELUM KAWIN PERNAH TERLANJUR DENGAN BF...SANGGUP CONTING ARANG KE MUKA KELUARGA...WHY???

TAHUKAH  KALIAN BAHAWA PERBUATAN ZINA ITU SEMEMANGNYA PERBUATAN YANG KEJI, JIJIK, KOTOR  DAN MUNGKAR...DAN AZAB YANG PEDIH AKAN MENIMPA KEATAS PENZINA-PENZINA ITU...?

KEPADA MEREKA YG TENGAH HANGAT BERCINTA...PIKIR2KANLAH SETIAP PERBUATAN YANG ANDA LAKUKAN ITU...RATA2 TERLALU HAMPIR DENGAN PENZINAAN...BERCOUPLE BERDUA-DUANAN JALAN MENGHAMPIRI ZINA...MEREKA YG PERNAH BERCOUPLE, BERDATING TIDAK SUNYI UTK MELAKUKAN AKSI2 RINGAN BERSAMA PASANGAN KEKASIH MEREKA TANPA ADA RASA MALU...DAN AKHIRNYA BOLEH MEMBAWA KEPADA PENZINAAN...

SEDARLAH KALIAN BAHAWA BERCOUPLE ADALAH BUDAYA BARAT YANG CUBA MERACUNI PEMIKIRAN UMAT ISLAM SUPAYA RAMAI YANG BERANI MELAKUKAN SEKS BEBAS DAN ANAK LUIAR NIKAH...

KEBANYAKAN REMAJA YANG PERNAH TERLANJUR TERDIRI DARIPADA GOLONGAN TERPELAJAR YANG MENUNTUT DI UNIVERSITI...WHY???


PENGAKUAN 1

SAYA penuntut universiti. Pada zaman persekolahan dulu saya kuat berpegang kepada agama tapi selepas memasuki alam universiti, saya mengalami kejutan budaya yang menyebabkan saya jadi alpa serta mempunyai ramai teman wanita.

Pada awalnya saya hanya mahu hubungan biasa tetapi teman wanita mengajak saya melakukan ‘ringan ringan’. Selepas itu kami menjadi semakin berani dan sentiasa melakukan perkara terkutuk itu. Akhirnya, kami terlanjur dan kami menjadi ketagih dan kerap melakukannya apabila bersama.


Namun pada satu hari, saya mendengar ceramah seorang ustaz. Saya terus terkenang dosa yang saya lakukan selama ini. Saya berasa sungguh menyesal kerana hidup saya bergelumang dengan dosa.


Saya cuba kembali ke pangkal jalan tapi teman wanita selalu menggoda dan mengajak saya melakukan perkara terkutuk itu. Saya sukar menahan nafsu. Tolonglah saya Dang Setia.

PENGAKUAN 2

SAYA gadis terlanjur dan hamil empat bulan. Kini, saya tertekan dan pemikiran bercelaru. Saya buntu memikirkan bagaimana hendak menyembunyi kehamilan ini daripada pengetahuan ibu bapa kerana takut mereka kecewa dan membuang saya.
Malah, ayah seorang yang suka ke surau. Semakin hari saya sayangkan anak ini tapi tidak tahu bagaimana menguruskan sijil kelahirannya nanti dan menyara dirinya.

Lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab dan saya terfikir hendak menggugurkan kandungan daripada memberikannya kepada orang lain. Tolonglah saya menyelesaikan masalah ini.

Saya buntu dan hidup dalam ketakutan. Saya takut bayi ini akan dirampas kerana anak luar nikah.

Lara Pulau Pinang

PENGAKUAN 3

# NANI, 16, dari Kuala Lumpur

“SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.

Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.

Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.Malah pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.

Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.

Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”


PENGAKUAN 4

SAYA berusia awal 20-an dan ada seorang kekasih seusia saya. Kami saling menyayangi tapi masalahnya hubungan kami mendapat tentangan keluarga.Kekasih saya tiada kerja tetap manakala saya bekerja. Kata keluarga saya, mereka tidak mahu hidup saya susah kerana berkawan dengan orang yang tiada kerja tetap.

Kekasih saya juga pernah mengambil ganja satu ketika dulu. Kata keluarga dan kawan saya, orang macam ini tidak akan berubah (perangai). Saya rasa bersalah sangat sedangkan kekasih saya bermati-matian kata dia sudah berubah.

Kekasih saya seorang yang mengambil berat dan bertanggungjawab. Saya bahagia bersama dia. Kami juga pernah terlanjur.

Kami ingin berkahwin tapi keluarga saya menghalang. Adakah saya patut memutuskan hubungan ini demi keluarga tercinta?

KYARA


PESANAN DARI ADMIN:dalam surah Al-isra',telah ada peringatan supaya kita tak menghampiri zina..kalau menghampiri zina pun dah mengundang murka Allah,apatah lagi dengan betol-betol melakukan zina...kan?ada banyak sebab yang membawa kepada zina..kita boleh fikir sendiri....tapi bagi yang dah terjebak dgan zina,bertaubatlah..ye,mungkin kita tak rasa bersalah..'kubur kan lain-lain'...tapi bila dah TERmengandung,mulalah hilang arah..masa nie lah baru nak gelabah...mula terfikir melakukan dosa yang lain iatu gugurkan kandungan atau buang anak kat mana-mana...dah jadi senario normal kan...

Sekiranya anda tidak mampu untuk mengawal nafsu janganlah bercinta sebelum nikah...takut2 akan mengundang kepada berlakunya penzinaan...sebelum anda rasa teringin hendak melakukan zina bersama bf/ gf anda...pikirlah dan tenunglah muka kedua ibubapa kita yang selama ini telah penat lelah membesarkan kita sejak kita kecil lagi...ayah juga penat lelah berkerja mencari duit untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya masuk ke universiti...akan tetapi kenapa kita ini anaknya sanggup melukakan hati ibupapa dan menconteng arang kemuka mereka...semata-mata ingin menjaga hati kekasih kita iaitu bf/gf kita...? mrk cuma boleh bagi cinta tetapi mereka tidak punya hak ape2 pn kpd kita pn hendak pegang tangan pun tidak ade hak sebenarnya tetapi kenapa kita perlu meletakkan rasa rindu, sayang yg tinggi kpd kekasih kita itu...why...?bagaimana pula dengan hati mak dan ayah kita yang telah membesarkan kita....betapa tergurisnya hati mereka apabila mereka tahu yang anda pernah berzina...so pikir-pikirkanlah anda wahai remaja...janganlah jadi HAMBA CINTA yang akhirnya jadi KORBAN CINTA...

saya pernah dengar..ada yang mengatakan..dari mata turun ke hati..bermula dari pandangan mata,mula pulak berpegangan tangan,pastu berpeluk cium dan akhirnya ZINA...sahabat-sahabat yang saya sayangi,jauhilah..jangan rosakkan diri kita..bertaubatlah...berpeganglah pada Al-quran dan sunnah Rasulullah saw...setiap perintah Allah ada hikmahnya...kita nak melahirkan keturunan yang baik...jadi,gunalah cara yang baik...bukan melalui zina...

harap sama-sama dapat jadikan pengajaran..apa yang saya tulis nie ibarat cermin..akan dipantul balik pada saya..jadi,juga merupakan peringatan pada saya...sama-sama muhasabah ya...

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

to be continued....
Artikel seterusnya...statistik dan pengakuan yang menakutkan dikalangan remaja zaman sekarang yang mengaku hilang dara bukti cinta dan mendedahkan aurat....semuanya gara2 bercinta sebelun nikah...

berzina

pengakuan

bercouple

Merendah Diri Sifat Terpuji

Sifat merendah diri sesama manusia merupakan sifat yang menghimpunkan manusia mengelilingi para dai'e. Ia adalah merupakan sifat terpuji warisan Rasulullah.

Sifat merendah diri yang dimiliki oleh setiap pekerja di dalam medan amal akan menghidupkan lagi suasana tolong menolong dan ukhuwwah.

Para pendakwah yang membekali diri mereka dengan ilmu, menghiasi diri dengan sifat berlembah lembut dan berakhlak dengan sifat merendah diri, tidak syak lagi merupakan orang layak dan mampu memainkan peranan dalam kerja-kerja perubahan di dalam masyarakat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.”

(Surah Al-Furqan-63-)


MERENDAH DIRI

Merendah diri itu, di sanalah letaknya ketinggianmu,
Engkau pandai atau berilmu, banyak orang mendapat manfaat darimu,
Engkau rasa dirimu tidak berguna atau tiada jasa apa-apa di sinilah kemuliaanmu,
Pandai engkau bergaul di semua golongan masyarakat,
Engkau meletakkan diri pada tempatnya,
Di sanalah semua golongan boleh menghormatimu,
Pemurahnya engkau, di situlah rezekimu di dunia,
Ertinya engkau tidak akan papa,
Di Akhirat kelak harta dan kekayaan bagimu,

Engkau tidak suka nama dan glamour,
Kalau engkau orang yang berjasa,
Banyak orang mendapat faedah dari pertolonganmu, dari jasamu,
Nama dan glamour tetap ada walaupun tidak dipinta,
Nama yang bersih tanpa diminta,
Nama dan glamour yang diminta lambat-laun orang benci,
Setiap kali pula Tuhan mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Kalau engkau sentiasa baik hati dengan manusia,
Dengan manusia engkau baik sangka,
Tidak pernah berdendam dan dengki dengan insan,
Mudah engkau memaafkan orang,
Di situlah ketenangan dan kebahagiaan jiwamu,
Jika engkau sentiasa bertawakkal dengan Allah,
Engkau tidak akan risau dengan masa depanmu.
 

Sifat tawaduk benteng perasaan riak, sombong

Oleh Mohd Adid Ab Rahman
UMAT Islam perlu sentiasa mengemaskinikan diri dan hati ke arah kecemerlangan dari semasa ke semasa supaya akan akan menjadi insan disegani, dihormati dalam masyarakat serta dirahmati Allah.
Selain itu, perasaan ingin cemerlang melahirkan watak yang Islami seterusnya menjadi daya penarik bagi pandangan orang bukan Islam dan watak itu mampu menterjemahkan keindahan ajaran Islam.
Orang Islam yang ada keinsafan tinggi, iman teguh, akan menerima apa saja ketetapan Allah ke atas dirinya baik berbentuk kebahagiaan, mahupun berbentuk kedukaan dan mematuhi setiap hukum serta peraturan dengan penuh rela, pasrah tanpa sedikitpun melahirkan tindakan untuk menentang, memprotes atau membantah. Dalam Islam, orang begini disebut sebagai ‘tawaduk’.
Tentu sukar bagi sesetengah manusia menerima kenyataan yang ditakdirkan Allah dan mengakuri segala perintah-Nya, jika semua itu tidak bersesuaian dengan nafsu, keinginan serta cita rasa hatinya.
Namun, bagi insan yang mengakui banyak kelemahan dan diri hanya tidak lebih sekadar hamba yang hina serta tidak mempunyai apa-apa, maka sudah tentu menerima kenyataan adalah perkara mudah dan menjadi amalan sepanjang kehidupan tanpa rasa takut atau bimbang.
Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Hikmah di sebalik suruhan Rasulullah SAW tadi, sifat tawaduk akan pasti melahirkan akhlak terpuji iaitu tidak akan menganiaya orang lain bahkan tersemai perasaan menyayangi saudaranya.
Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Sesungguhnya orang yang sombong akan dihumbankan ke neraka Jahanam seperti keterangan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bersifat sombong dan tidak patuh kepada-Ku akan diazabkan di dalam neraka Jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Selain itu orang yang bersikap zalim (aniaya) terhadap orang lain kerana semata-mata ingin melempias sifat sombong atau menunjukkan kehebatan, maka Allah akan menyegerakan balasan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak suatu pun dosa yang lebih patut atau lebih berhak disegerakan hukumannya oleh Allah di dunia di samping nanti bakinya akan dikenakan lagi di akhirat, melainkan dosa berbuat aniaya (zalim) terhadap orang lain, dan memutuskan tali kekeluargaan (persaudaraan).” (Hadis riwayat at-Tarmizi)
Dalam memperelok budi pekerti dan akhlak Muslim sejati, maka adalah sangat bertepatan jika merenungi sabda Rasulullah SAW dengan penuh yakin dan keimanan yang tidak berbelah bagi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak mengurangkan harta kerana sedekah. Allah menambah kebesaran (kehebatan) seseorang yang minta maaf dan meninggikan darjat orang yang tawaduk.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis itu menyatakan ada tiga perkara sering kali diabaikan oleh orang bodoh, sombong serta tidak berfikiran jauh dan matang iaitu:
# Bersedekah – orang yang bersedekah tidak pernah dikurangkan hartanya, bahkan ditambahkan lagi oleh nikmat-Nya bagi orang yang mahu bersyukur.
# Minta maaf kerana bersalah – orang yang sombong menganggap minta maaf menandakan kelemahan lalu lebih baik meneruskan perkelahian daripada berdamai. Padahal, meminta maaf tandanya orang yang tawaduk dan suka kepada keharmonian hidup dalam masyarakat.
# Menerima kenyataan kebenaran – harga diri seseorang tidak akan jadi rendah dan hina bila bertawaduk. Bagi orang yang sombong, tidak mahu menerima kebenaran yang ada pada orang lain, bahkan berasa terhina untuk mengakui dan mengiktiraf kebenaran itu. Lihat saja kelakuan Rasulullah SAW, menerima apa saja bentuk pemberian tanpa sedikitpun rasa tidak puas hati.
Apabila kita perhatikan ketiga-tiga sifat yang disebutkan itu, semuanya mencerminkan akhlak mahmudah yang sinonim dengan ajaran Islam dan selalu diamalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sesungguhnya tawaduk bukan bermakna kita berasa diri serba kurang, tidak berharga dan kurang harta. Tawaduk sebenarnya berasa sedar, insaf bahawa diri kita berasal dari tanah yang sama kecuali amal bakti dan takwa yang membezakan.

Riak ketika ibadat lebih bahaya daripada dajal

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.
Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: "Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu."
Ada insan yang ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Contoh seseorang yang solat bersendirian maka solatnya tidak sepanjang atau bacaan dalam solat tidak dilagukan atau dinyaringkan.

Apabila di depan orang ramai, solat menjadi panjang dan suaranya dikuatkan supaya orang lain mendengar bacaan yang berlagu. Tasbihnya pula dibiarkan di tangan sambil mulut terkumat-kamit agar dilihat orang.


Begitu juga boleh dianggap riak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan serban besar bertujuan menampakkan dirinya sebagai alim dan kuat beribadah. Ada juga individu sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud..


Kerisauan Baginda SAW terhadap sifat riak disebabkan penyakit hati ini mudah menyerang setiap insan kerana jiwa manusia memiliki kecenderungan suka menerima puji dan kedudukan tinggi di hadapan orang lain. Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: "Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain."
Riak juga berbahaya kerana meresap dalam amalan umat Islam dalam keadaan samar. Mereka yang dihinggapi penyakit riak tidak menyedari ibadah sudah tercemar kerana hilang keikhlasan.

Riak dianggap Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu.


Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah. Imam Ibnu Taymiyyah berkata: "Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil."


Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Allah berfirman bermaksud: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)


Imam Ibnu al-Qayyim ketika menafsirkan ayat itu menyatakan: "Seperti Allah adalah satu dan tiada Tuhan selain-Nya begitu pula hendaklah amal ibadah itu layak dipersembahkan hanya untuk-Nya dan tiada sekutu. Demikian juga halnya jika hanya Dia sebagai sembahan, maka wajiblah mengesakannya dalam perhambaan kerana amal yang salih adalah amal yang bersih daripada riak dan terikat dengan sunah."


Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).


Allah berfirman bermaksud: "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun." (Surah al-Kahfi, ayat 110)


Menyedari besarnya musibah dibawa sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)


Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk riak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia.


Perasaan riak dapat disingkirkan dalam jiwa setiap insan jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat serta Maha Mengetahui apa yang nampak ataupun tersembunyi.


Firman Allah bermaksud: "Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)


Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah.


Pada akhirat nanti, bagi mereka yang riak akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Al-Khathabi berkata: "Makna hadis ini, orang yang melakukan amalan tanpa niat ikhlas, namun hanya mahu dilihat dan didengar manusia, maka pada hari kiamat dia akan dibalas atas hal itu iaitu dengan cara memperkenalkannya, membongkarkan kejelekannya dan menampakkan apa yang dia sembunyikan (di sebalik amalannya)."


Oleh itu, mari kita berlumba untuk mengerjakan amal salih secara tulus ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riak timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.


Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah.

Hukum chatting dengan bukan muhrim melalui internet dan telefon

SOALAN PERTAMA:

Aku adalah seorang pemuda. Aku punya hobi melayari internet dan chatting. Aku hampir tidak pernah chatting dengan wanita. Jika terpaksa aku chatting dengan wanita maka aku tidaklah berbicara kecuali dalam hal yang baik-baik. Kurang dari setahun lalu ada seorang gadis yang mengajak aku chatting lalu meminta nombor telefonku. Aku katakan bahawa aku tidak mahu menggunakan telefon dan aku tidak ingin membuat Allah murka kepadaku.


Dia lalu mengatakan, “Engkau adalah seorang pemuda yang sopan dan berakhlak mulia. Aku akan bahagia jika kita boleh berkomunikasi secara langsung”. Kukatakan kepadanya, “Maaf aku tidak mahu menggunakan telefon bimbit”. Kemudian dia berkata dengan nada kesal, “Terserah kamu kalau begitu”.


Selama beberapa bulan kami hanya berhubungan melalui chatting. Suatu ketika dia mengatakan, “Aku ingin nombor telefonmu”. “Bukankah dulu sudah pernah kukatakan kepadamu bahawa aku tidak mahu menggunakan telefonku”, jawabku. Dia lalu berjanji tidak akan menghubungiku kecuali ada hal yang mendesak. Kalau demikian aku sepakat.

Setelah itu selama tiga bulan dia tidak pernah menghubungiku. Akupun berdoa agar Allah menjadikannya bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.


Tak lama kemudian ada seorang gadis kurang lebih berusia 16 tahun yang berakhlak dan sangat sopan menghubungi telefonku. Dia berkata dalam telefon, “Apa benar engkau bernama A?”. “Benar, apa yang boleh kubantu”, tanyaku. Dia mengatakan, “Fulanah, iaitu gadis yang telah kukenal melalui chatting, kirim salam untukmu”. “Salam kembali untuknya. Mengapa tidak dia sendiri yang menghubungiku?”, tanyaku. “Telefon rumahnya diawasi ketat oleh orang tuanya”, jawabnya.
Setelah orang tuanya kembali memberi kelonggaran, dia kembali menghubungiku. Kukatakan kepadanya, “Jangan sering telefon” namun dia selalu saja menghubungiku. Akan tetapi pembicaraan kami sebatas hal-hal yang baik-baik. Kami saling mengingatkan untuk melaksanakan solat, puasa dan solat tahajjud.


Setelah beberapa waktu lamanya, dia berterus terang bahawa dia jatuh cinta kepadaku dan aku sendiri juga sangat mencintainya. Aku juga berharap dapat menikahinya sesuai dengan ajaran Allah dan rasul-Nya kerana dia adalah seorang gadis yang berakhlak, beradab dan taat beragama setelah aku tahu secara pasti bahawa aku adalah orang yang pertama kali melamarnya melalui telefon.
Akan tetapi empat bulan yang kemudian, ayahnya memaksanya untuk menikah dengan saudara sepupunya sendiri kerana ayahnya marah dengannya. Inilah awal masalah. Aku mulai sukar untuk tidur. Kukatakan kepadanya, “Serahkan urusan kita kepada Allah. Kita tidak boleh menentang takdir”. Namun walaupun dia sudah menikah tetap saja menghubungiku. Kukatakan kepadanya, “Haram bagimu untuk menghubungiku kerana engkau sudah menjadi isteri seseorang”.


Yang jadi permasalahan, bolehkah dia menghubungiku melalui telefon sedangkan dia telah menjadi isteri seseorang? Allahlah yang menjadi saksi bahawa pembicaraanku dengannya terbatas perkara yang baik-baik. Kami saling mengingatkan untuk menambah ketaatanlebih-lebih lagi ayahnya memaksanya untuk menikah dengan dengan lelaki yang tidak dia cintai.


JAWAPAN SOALAN PERTAMA:

Saling menelefon dengan yang bukan muhrim itu tidaklah diperbolehkan secara mutlak baik pihak wanita sudah bersuami mahupun belum. Bahkan ini adalah tipu daya Iblis.
Engkau katakan bahawa tidak ada hubungan antaramu dengan dia selain saling menasihati dan mengajak untuk melakukan amal soleh. Perhatikan bagaimana masalah cinta dan yang lainnya menyusup melalui hal ini. Bukankah engkau tadi mengatakan bahawa engkau mencintainya dan diapun mencintaimu sedangkan katamu topik pembicaraanmu hanya terbatas amal soleh? Kami tahu sendiri beberapa pemuda yang semula sangat taat beragama berubah menjadi menyimpang gara-gara hal ini.


Wahai saudaraku bertakwalah kepada Allah. Jauhilah perkara ini. Cara-cara seperti ini lebih berbahaya dari pada cara-cara orang fasik yang secara terang-terangan bersembang dengan perempuan dengan tujuan-tujuan yang tidak terpuji. Mereka sedar bahawa yang mereka lakukan adalah sebuah maksiat. Sedar bahawa perkara itu adalah keliru merupakan awal langkah untuk memperbaiki diri.Sedangkan dirimu tidak demikian bahkan boleh jadi engkau menganggapnya sebagai sebuah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

“Tidaklah kutinggalkan suatu ujian yang lebih berat bagi laki-laki melebihi wanita” (HR Bukhari no 4808 dan Muslim no 2740 dari Usamah bin Zaid).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

“Sesungguhnya awal kebinasaan Bani Israil adalah disebabkan masalah wanita” (HR Muslim no 7124 dari Abu Sa’id Al Khudry).

Perempuan yang mengajakmu bersembang dengan berbagai perkara ini padahal tidak ada hubungan kekeluargaan antara dirimu dengannya adalah suatu yang haram. Hati-hatilah dengan cara-cara seperti ini. Semoga Allah menjadikanmu sebagai salah seorang hamba-Nya yang soleh.


SOALAN KEDUA:

Sekiranya jawaban terhadap pertanyaan di atas adalah tidak boleh apakah boleh dia mengajakku bersembang melalui internet?


JAWAPAN SOALAN KEDUA:


Wahai saudaraku, hal ini tidaklah dibolehkan. Hubunganmu dengannya semula adalah chatting lalu berkembang menjadi komunikasi langsung melalui telefon dan puncaknya adalah ungkapan cinta. Apakah hanya akan berhenti di sini?Semua hal ini adalah tipu daya Iblis untuk menjerumuskan kaum muslimin dalam hal-hal yang haram. Bersyukurlah kepada Allah kerana Dia masih menyelamatkanmu. Bertakwalah kepada Allah, jangan ulangi lagi baik dengan perempuan tersebut ataupun dengan yang lain.

SOALAN KETIGA:

Apa hukum seorang laki-laki yang chatting dengan seorang perempuan melalui internet dan yang dibicarakan adalah hal yang baik-baik?

JAWAPAN SOALAN KETIGA:

Tidak ada seorang pun yang boleh mengeluarkan fatwa yang bersifat umum untuk permasalahan seperti ini kerana ada banyak hal yang harus dipertimbangkan masak-masak. Fatwa yang boleh saya sampaikan kepadamu adalah perbualan dengan bukan muhrim yang sepertimana yang kau lakukan adalah tidak diperbolehkan. Bukti nyata untuk hal ini adalah apa yang engkau ceritakan sendiri bahawa hubunganmu dengan perempuan tersebut terus berkembang ke arah yang terlarang.

(Dinukil dan diterjemahkan dari Majmu Fatawa Al Adab karya Nashir bin Hamd Al Fahd).

Pesanan dari Admin: semoga artikel ini bermanafaat...

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

Oleh : Syaikh Nashir bin Hamd Al Fahd
SUMBER:http://ummuayman.wordpress.com/2010/05/28/hukum-chatting-dengan-bukan-muhrim-melalui-internet-dan-telefon/


hukum berchatting

Bertudung menyihatkan Otak

Bertudung menyihatkan Otak

by Inur Husin on Sunday, November 21, 2010 at 1:13am





Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :

“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.

Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit.

Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :

“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

BERTUDUNG = OTAK SIHAT.

Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.

Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam.

Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung.

Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan.

Jika Pemerintah Zalim Bolehkah Kita Menentang?

Bismillahirahmannirahim.. makluman-jika x dpt klik kt readmore sila klik kt tajuk utama(ATAS) untuk paparan penuh/ sila gnekan mozilla firefox untuk kualiti yg lebih memuaskan.sekian

Imam nawawi berkata,berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka,ia diharamkan menurut ijmak.Menurut kaum muslimin,walaupun mereka fasik lagi zalim,pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasik,yakni melakukan maksiat.Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin pula hendaklah tidak secara terang-terangan.Sebaliknya dia hendaklah memegang tangan dan bersendiriran dengannya.Jika diterima maka dia berjaya,jika tidak penasihat itu dianggap menunaikan kewajiban.

Sejarah telah menceritakan watak tegas akan ulama terbilang dahulu kala,walaupun mereka ada kekuatan dan mempunyai sokongan penuh rakyat,dan rakyat membenci pula para pemimpin yang zalim ini,namun para iman ahli sunnah tidak pernah menentang pemerintah yang zalim dan fasik secara terbuka sekalipun dikalangan mereka terseksa seperti iman hambali.Landasan inilah yang dipelopori oleh ulama-ulama muktabar sejak zaman dahulu lagi.Mereka sentiasa bersabar dalam menghadapi karenah pemerintah mereka yang kekal zalim dan fasik.

PERSOALAN
Bagaimana pula dalam konteks hari ini,jika pemimpin sesebuah negara itu jelas zalim dan fasik di mata masyarakat dan juga alim ulama.Adakah wajar untuk kita berpeluk tubuh?

JAWAPAN RINGKAS-Tidak boleh menentang pemerintah Islam walaupun mereka zalim dan fasik.


HURAIAN
Contoh penentangan yang haram yang disebutkan ulama-ulama muktabar dahulu kala adalah seperti membunuh,membakar kampung-kampung halaman,merosakkan harta benda awam,melancarkan serangan kepada pemerintah dan seumpama dengannya.Ini amatlah bertentangan dengan kehendak Islam jika terbukti benar sekalipunpemerintah Islam tersebut zalim ataupun fasik.Namun jika tidak menegur lansung pemerintah yang zalim dan fasik,ia tetap juga dianggap salah disisi Islam.

Cara yang sepatutnya adalah menegur secara peribadi,jika tidak diendahkan juga maka harus dinyatakan secara terang-terangan pula.Jika masih juga tidak endahkan maka inisiatif yang lbh bertamadun yang ada tersedia pada zaman sekarang adalah melalui pilihanraya secara demokrasi.Tiada kekerasan,mahupun penggulingan kuasa dan penindasan serta serangan yang boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja.

KESIMPULAN
Maka tidak tepat lah hujjah sesetengah pihak,iaitu jika terbukti benar sekalipun pemerintah sesebuah negara Islam itu zalim dan fasik,maka kita tidak boleh melawan kerana mereka adalah pemerintah.Katanya setelah dinasihati tetapi masih juga kekal angkuh maka kita semua kena tunduk.

Sedangkan tidak boleh melawan yang dimaksudkan oleh ulama-ulama muktabar dahulukala adalah melakukan serangan atau penggulingan kuasa terhadap pemerintah Islam yang zalim.Ianya diharamkan.Namun JIKA terbukti benar pemerintah sesebuah negara islam itu zalim dan fasik,kaedah pilihanraya demokrasi pada zaman sekarang tidaklah boleh pula disamakan dengan maksud melawan pemerintah seperti apa yang dijelaskan oleh ulama-ulama muktabar.Sedangkan cara ini merupakan pilihan kepada rakyat untuk memilih pemerintah yang adil secara aman,tampa ada kekerasan,keganasan,serangan dan penggulingan kuasa terhadap pemerintah.Jadi sebenarnya cara melalui pilihanraya masih lagi tidak bertentangan dengan hujjah ulama-ulama muktabar seperi imam nawawi,imam hambali dan lain-lain lagi yakni bukanlah termasuk dalam katogori melaksanakan serangan terhadap pemimpin islam yang zalim lagi fasik.

p/s-cbe luangkan masa untuk menulis isu ini walaupun aku sdng sibuk,sbb aku fikir ianya sngt penting untuk difahami dan dijelaskan kpd semua.

Mengenai Syirik

DEFINISI SYIRIK
Dari:http://ustazazhar.com/v1/fiqh/mengenai-syirik.html 

Syirik yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Umumnya menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah, yaitu hal-hal yang merupakan kekhususan bagi Allah, seperti berdo'a kepada selain Allah disamping berdo'a kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdo'a dan sebagainya kepada selainNya.

Karena itu, barangsiapa menyembah selain Allah berarti ia meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikannya kepada yang tidak berhak, dan itu merupakan kezhaliman yang paling besar.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar"[ Luqman: 13]

Allah tidak akan mengampuni orang yang berbuat syirik kepadaNya, jika ia meninggal dunia dalam kemusyrikannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".[An-Nisaa': 48]

Surga-pun Diharamkan Atas Orang Musyrik.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan Surga kepadanya, dan tempatnya ialah Neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zhalim itu seorang penolong pun"[ Al-Maa'idah: 72]

Syirik Menghapuskan Pahala Segala Amal Kebaikan.
Allah Azza wa Jalla berfirman.

"Artinya : Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan"[Al-An'aam: 88]

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi"[Az-Zumar: 65]

Orang Musyrik Itu Halal Darah Dan Hartanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : ...Maka bunuhlah orang-orang musyirikin dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian..."[At-Taubah: 5]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq melainkan Allah dan bahwa Muhammad utusan Allah, mendirikan shalat, dan membayar zakat. Jika mereka telah melakukan hal tersebut, maka darah dan harta mereka aku lindungi kecuali dengan hak Islam dan hisab mereka ada pada Allah Azza wa jalla"[2]

Syirik adalah dosa besar yang paling besar, kezhaliman yang paling zhalim dan kemungkaran yang paling mungkar.

JENIS-JENIS SYIRIK

Syirik Ada Dua Jenis : Syirik Besar dan Syirik Kecil.

[1]. Syirik Besar
Syirik besar bisa mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menjadikannya kekal di dalam Neraka, jika ia meninggal dunia dan belum bertaubat daripadanya.

Syirik besar adalah memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti berdo'a kepada selain Allah atau mendekatkan diri kepadanya dengan penyembelihan kurban atau nadzar untuk selain Allah, baik untuk kuburan, jin atau syaitan, atau mengharap sesuatu selain Allah, yang tidak kuasa memberikan manfaat maupun mudharat.

Syirik Besar Itu Ada Empat Macam.

[a]. Syirik Do'a, yaitu di samping dia berdo'a kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, ia juga berdo'a kepada selainNya. [3]

[b]. Syirik Niat, Keinginan dan Tujuan, yaitu ia menunjukkan suatu ibadah untuk selain Allah Subhanahu wa Ta'ala [4]

[c]. Syirik Ketaatan, yaitu mentaati kepada selain Allah dalam hal maksiyat kepada Allah [5]

[d]. Syirik Mahabbah (Kecintaan), yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal kecintaan. [6]

[2]. Syirik Kecil
Syirik kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, tetapi ia mengurangi tauhid dan merupakan wasilah (perantara) kepada syirik besar.

Syirik Kecil Ada Dua Macam.

[a]. Syirik Zhahir (Nyata), yaitu syirik kecil yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Dalam bentuk ucapan misalnya, bersumpah dengan nama selain Allah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik"[7]

Qutailah Radhiyallahuma menuturkan bahwa ada seorang Yahudi yang datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian melakukan perbuatan syirik. Kamu mengucapkan: "Atas kehendak Allah dan kehendakmu" dan mengucapkan: "Demi Ka'bah". Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan para Shahabat apabila hendak bersumpah supaya mengucapkan, "Demi Allah Pemilik Ka'bah" dan mengucapkan: "Atas kehendak Allah kemudian atas kehendakmu"[8]

Syirik dalam bentuk ucapan, yaitu perkataan.
"Kalau bukan karena kehendak Allah dan kehendak fulan"
Ucapan tersebut salah, dan yang benar adalah.
"Kalau bukan karena kehendak Allah, kemudian karena kehendak si fulan"

Kata (kemudian) menunjukkan tertib berurutan, yang berarti menjadikan kehendak hamba mengikuti kehendak Allah.[9]

[b]. Syirik Khafi (Tersembunyi), yaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti riya' (ingin dipuji orang) dan sum'ah (ingin didengar orang) dan lainnya.

Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda.

"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil. "Mereka (para Shahabat) bertanya: "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?" .Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Yaitu riya'"[10]
 
Jadi dosa syirik ini mesti bertubat dan jka tidak bertaubat maka Allah swt tidak sekali2 akan memberikan keampunan kpeda pelakunya.
wallahua'lam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...