Jika Pemerintah Zalim Bolehkah Kita Menentang?
Posted on 12/01/2010 07:32:00 AM by Amirul Asyraf @ Aime Remy
Bismillahirahmannirahim.. makluman-jika x dpt klik kt readmore sila klik kt tajuk utama(ATAS) untuk paparan penuh/ sila gnekan mozilla firefox untuk kualiti yg lebih memuaskan.sekian
Imam nawawi berkata,berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka,ia diharamkan menurut ijmak.Menurut kaum muslimin,walaupun mereka fasik lagi zalim,pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasik,yakni melakukan maksiat.Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin pula hendaklah tidak secara terang-terangan.Sebaliknya dia hendaklah memegang tangan dan bersendiriran dengannya.Jika diterima maka dia berjaya,jika tidak penasihat itu dianggap menunaikan kewajiban.
Sejarah telah menceritakan watak tegas akan ulama terbilang dahulu kala,walaupun mereka ada kekuatan dan mempunyai sokongan penuh rakyat,dan rakyat membenci pula para pemimpin yang zalim ini,namun para iman ahli sunnah tidak pernah menentang pemerintah yang zalim dan fasik secara terbuka sekalipun dikalangan mereka terseksa seperti iman hambali.Landasan inilah yang dipelopori oleh ulama-ulama muktabar sejak zaman dahulu lagi.Mereka sentiasa bersabar dalam menghadapi karenah pemerintah mereka yang kekal zalim dan fasik.
PERSOALAN
Bagaimana pula dalam konteks hari ini,jika pemimpin sesebuah negara itu jelas zalim dan fasik di mata masyarakat dan juga alim ulama.Adakah wajar untuk kita berpeluk tubuh?
JAWAPAN RINGKAS-Tidak boleh menentang pemerintah Islam walaupun mereka zalim dan fasik.
HURAIAN
Contoh penentangan yang haram yang disebutkan ulama-ulama muktabar dahulu kala adalah seperti membunuh,membakar kampung-kampung halaman,merosakkan harta benda awam,melancarkan serangan kepada pemerintah dan seumpama dengannya.Ini amatlah bertentangan dengan kehendak Islam jika terbukti benar sekalipunpemerintah Islam tersebut zalim ataupun fasik.Namun jika tidak menegur lansung pemerintah yang zalim dan fasik,ia tetap juga dianggap salah disisi Islam.
Cara yang sepatutnya adalah menegur secara peribadi,jika tidak diendahkan juga maka harus dinyatakan secara terang-terangan pula.Jika masih juga tidak endahkan maka inisiatif yang lbh bertamadun yang ada tersedia pada zaman sekarang adalah melalui pilihanraya secara demokrasi.Tiada kekerasan,mahupun penggulingan kuasa dan penindasan serta serangan yang boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja.
KESIMPULAN
Maka tidak tepat lah hujjah sesetengah pihak,iaitu jika terbukti benar sekalipun pemerintah sesebuah negara Islam itu zalim dan fasik,maka kita tidak boleh melawan kerana mereka adalah pemerintah.Katanya setelah dinasihati tetapi masih juga kekal angkuh maka kita semua kena tunduk.
Sedangkan tidak boleh melawan yang dimaksudkan oleh ulama-ulama muktabar dahulukala adalah melakukan serangan atau penggulingan kuasa terhadap pemerintah Islam yang zalim.Ianya diharamkan.Namun JIKA terbukti benar pemerintah sesebuah negara islam itu zalim dan fasik,kaedah pilihanraya demokrasi pada zaman sekarang tidaklah boleh pula disamakan dengan maksud melawan pemerintah seperti apa yang dijelaskan oleh ulama-ulama muktabar.Sedangkan cara ini merupakan pilihan kepada rakyat untuk memilih pemerintah yang adil secara aman,tampa ada kekerasan,keganasan,serangan dan penggulingan kuasa terhadap pemerintah.Jadi sebenarnya cara melalui pilihanraya masih lagi tidak bertentangan dengan hujjah ulama-ulama muktabar seperi imam nawawi,imam hambali dan lain-lain lagi yakni bukanlah termasuk dalam katogori melaksanakan serangan terhadap pemimpin islam yang zalim lagi fasik.
p/s-cbe luangkan masa untuk menulis isu ini walaupun aku sdng sibuk,sbb aku fikir ianya sngt penting untuk difahami dan dijelaskan kpd semua.

2010-12-01T07:32:00-08:00
Amirul Asyraf @ Aime Remy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)