Misteri Darth Vader
Posted on 11/20/2010 09:52:00 PM by Amirul Asyraf @ Aime Remy
Dikutip Oleh: on9onweb
oleh Ibnuyaacob

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg  adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman  Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau  seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi  idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.
Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth  Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu  Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh  kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam  setiap aksi kejamnya.
Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang  mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta  wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?
Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu  menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri  yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan  mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.
Penerbitan Filem  Starwars 
Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial  pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika  Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada  filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang  galaksi.
Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem  ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih  lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran  filem-filem Bombay.
Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi  terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah  pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang  kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.
Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa  menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal  untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini  tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.
Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah  pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem  episod Starwars dan Indiana Jones.
Keraguan Tentang Watak  Darth Vader

(Gambar) George Lucas bersama  watak tentera manusia di dalam Starwars
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek  watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai  ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan  perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun  ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga  mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.

(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya
Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah  menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di  National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang  lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.
Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai  pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader.  Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada  unsur-unsur kejahatan.
Misteri Penghakiman  Pertandingan oleh Pihak Gereja

(Gambar) Amat pelik, pihak  pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara  Washington National Cathedral pada 1980.
Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap  masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan  anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat  mencurigakan.
Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka  untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu.  Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk  menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.
Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu  sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan  akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca  Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.

Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan  tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan  apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth  Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan  melalui tangan.
Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah  logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar  pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli  sejarah dan akademik.

(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja.  Perlukan teropong untuk melihatnya.
Peranan Filem Dalam  Pendidikan Kesyaitanan
Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana unsur-unsur filem  itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan, seksual, free-thinker  dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan Illuminati yang mana  tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri dipunyai secara  total oleh kelompok-kelompok mereka.
Golongan Illuminati tahu apa yang mereka  mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu disamping  meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi dan  mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga  adalah senjata ampuh mereka.
Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil  adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari  aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi.
Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah  penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini  akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan  diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.
Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab  dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat  mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh  menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.
Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,
“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga  keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan  memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”
(kitab Sulamut at-Taufiq)
Wallahu’alam…
Misteri Darth Vader
2010-11-20T21:52:00-08:00
Amirul Asyraf @ Aime Remy
on9onweb|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)