Kasih sayang pulihkan skizofrenia
Posted on 11/10/2010 02:11:00 AM by Amirul Asyraf @ Aime Remy
Dipetik dari Utusan Malaysia
RAI MAN berusia 30 tahun dan masih bujang. Dia menyewa sebuah  pangsapuri di sekitar ibu kota. Sebelum memegang jawatan eksekutif di  sebuah bank, dia pernah beberapa kali bekerja di tempat lain.
 Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang sudah  berkahwin. Bapa Rai Man meninggal dunia sejak dia berumur 18 tahun.  Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang  berkomunikasi dalam suasana yang mesra. 
Mengikut kalendar Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun naga -  dipercayai membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya  mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara  kehidupan seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mengalami  kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang  melarat, si ibu terpaksa membantu menjaga anak orang lain untuk  menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah menikmati perasaan  kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian dan manja  daripada bapanya namun hasrat itu hanya tinggal impian. 
Sejak bapanya meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi  renggang. Rai Man jarang meluahkan perasaan kepada sesiapa. Kebelakangan  ini, Rai Man menjadi amat tidak bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa  memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang ingin meragut nyawanya.  Ketika di rumah atau di pejabat, Rai Man suka bersendirian dan bercakap  seorang diri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan perbezaaan  yang ketara dalam tingkah lakunya. Mereka berasa hairan mengapa Rai Man  berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi. 
Rai Man tidak datang ke pejabat selama tujuh hari berturut-turut  tanpa memaklumkan majikannya. Ibu dan ahli keluarga yang bimbang dengan  perkembangan itu mendampingi Rai Man untuk mengetahui masalah sebenar  pemuda itu. Menurut Rai Man, kebelakangan ini dia diekori seseorang  dengan tujuan merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan perasaan  hati, air mukanya cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis  teresak-esak dan berasa amat khuatir dengan keadaan anak yang tidak  stabil. Ahli keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba  menyorok diri di belakang tirai kononnya si penjahat yang ingin  membunuhnya ada di sebelah rumah.
Halusinasi
Pada tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan  mendengar sesuatu yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain.  Keadaan ini dinamakan sebagai halusinasi atau hallucination. Dia juga  mempunyai kepercayaan yang tidak realistik jika dibanding dengan norma  masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh kumpulan  pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang  tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi  atau delusion. Seisi keluarga amat bimbang dengan keadaan Rai Man dan  mengajaknya tinggal bersama dengan mereka.
Dia hanya tidur lena selama tiga atau empat jam dan menimbulkan  gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man  memberitahu ahli keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli  barangan. Namun, selepas beberapa jam dia masih tidak pulang. Selepas  puas mencari, rupa-rupanya dia merayau di sepanjang jalan raya,  seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan  tertekan dengan kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius?  Mungkinkah peninggalan bapanya sejak remaja meninggalkan kesan negatif  yang begitu mendalam? Ataupun hubungan keluarga yang kurang baik  melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil? 
Hakikatnya punca sebenar skizofrenia sukar diperolehi. Menerusi kisah benar ini, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Dr. Tam Cai Lian berkongsi maklumat tentang skizofrenia.
Ciri-ciri umum skizofrenia
Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada  keseluruhannya, pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti  berikut:
Cadangan rawatan yang berkesan
Kasih sayang pulihkan skizofrenia
2010-11-10T02:11:00-08:00
Amirul Asyraf @ Aime Remy
on9onweb|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
