Kecelaruan Kitab Bible dan Penipuan Ayat-ayat Injil.

Posted on 11/10/2010 05:57:00 AM by Amirul Asyraf @ Aime Remy

Sumber Asli Dari: http://inilah-jalanku.blogspot.com/
Oleh : Imran Al-Malizi
Firman Allah s.w.t (yang bermaksud):
“Kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”
(Al-Baqarah : 79)
Umat Islam secara umumnya mengetahui bahawa agama Yahudi (Judaisme), Nasrani (Kristian) dan Islam adalah tergolong dalam agama-agama samawi yang datang dari sumber yang satu; wahyu Ilahi.Walau bagaimanapun, kitab-kitab suci yang terdahulu iaitu Taurat (Torah) dan Injil (Gospel) telah pun diselewengkan oleh para pendeta dan rahib mereka. Ini dapat diketahui sama ada melalui firman Allah s.w.t di dalam al-Quran ataupun difahami secara umum.
Di tengah-tengah kegawatan dan krisis akidah yang sedang hebat meratah keyakinan umat Islam di timur dan barat, khususnya gejala murtad yang melata di tanah air kita, adalah merupakan suatu yang sangat signifikan bagi kita selaku penganut Islam lebih-lebih lagi sebagai penuntut ilmu agar meneliti kembali dakwaan tersebut dengan lebih konkrit. Supaya kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang hanya beriman dengan ‘berpeluk tubuh’.Melalui ruangan yang terhad ini, penulis hanya akan menyentuh beberapa doktrin di dalam ajaran Kristian yang berkait dengan kecelaruan Kitab Bible.
Adakah Tuhan itu Tiga atau Esa ..?
Firman Allah s.w.t. (yang bermaksud) :
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa...” (Al-Maa'idah : 73)
‘Trinity’ adalah paksi utama ajaran Kristian. Tanpanya, ajaran ini seolah-olah kehilangan tunggak. Doktrin ajaran ini mengatakan bahawa Tuhan itu terdiri daripada 3 juzuk iaitu : Tuhan Bapa (God / The Father), Tuhan Anak (Jesus Christ/ The Son/ The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost/ Holy Spirit). Ketiga-tiga unsur ini juga merupakan ‘satu tuhan’ yang disembah oleh para penganut Kristian. Hujah yang menguatkan dakwaan mereka itu terdapat pada sepotong ayat yang didapati di bahagian Perjanjian Baru (New Testament) di dalam kitab Holy Bible, King James Version (KJV) atau Authorized Version (AV). Iaitu ayat yang berbunyi :
“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost : and these three are one.” (The First Epistle of John Ch.5 : V.7)
Inilah satu-satunya dalil yang paling jelas mengatakan bahawa ‘satu’ Tuhan itu terdiri daripada 3 unsur iaitu Tuhan Bapa (The Father), Tuhan Anak (The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost). Setahu penulis, tidak ada lagi ayat-ayat lain di dalam kitab Bible yang menyatakan sejelas-jelas ayat ini, dan ayat inilah yang menjadi ‘modal’ utama para pendakyah misionari Kristian untuk menyebarkan ajaran bahawa Tuhan itu ‘tiga dalam satu’ (Trinity : in Christianity – the union of Father, Son and Holy Spirit as one God).
Bagaimanapun, adakah ayat tersebut benar-benar datang daripada wahyu Tuhan ataupun hanya REKAAN dan PENYELEWENGAN para pendeta mereka?!! Sebenarnya ayat tersebut telah pun disingkirkan oleh para ilmuwan Bible daripada cetakan kitab-kitab Bible mutakhir dan ianya dikira sebagai ayat palsu.


Fabrikasi (Pemalsuan) Ayat-ayat di dalam Bible
Secara umumnya, kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Perjanjian Lama (The Old Testament) dan Perjanjian Baru (The New Testament). Bahagian pertama The Old Testamentmengandungi kitab-kitab yang diambil daripada himpunan manuskrip Yahudi (termasuklah kitab Taurat yang telah diubah) yang merakamkan berkenaan kejadian penciptaan alam ini dan menceritakan kisah nabi-nabi terdahulu sebelum Jesus Christ (Nabi Isa A.S.) dan ramalan berkenaan dengan kelahiran baginda. Manakala bahagian kedua The New Testament pula menceritakan kisah hidup Jesus Christ bersama-sama dengan para pengikutnya sehinggalah saat baginda (mengikut kepercayaan penganut Kristian) ‘disalib’ oleh golongan Yahudi dan tentera Raja Herod (106-48 S.M.).
4 buah fasal (manuskrip) di awal bahagian ini, iaitu kitab-kitab Matthew, Mark, Luke dan John disebut Gospel (Injil yang telah diselewengkan).Juga turut dimuatkan himpunan manuskrip yang ditulis selepas ‘kematian’ Jesus Christ yang juga dianggap sebagai ‘wahyu’ melalui perantaraan Ruhul Qudus (The Holy Spirit/ Holy Ghost ).
Sebenarnya, bagi mereka yang mempelajari dan meneliti kitab-kitab Bible, maka pasti ia akan mendapati bahawa terdapat kepelbagaian versi kitab-kitab Bible di pasaran. Kepelbagaian ini adalah disebabkan oleh terjemahan serta
penyemakan dan pemeriksaan semula (revision) kitab-kitab Bible yang sedia ada. Sebagai contoh, kitab Holy Bible, King James Version (KJV) di atas yang juga di sebut Authorized Version (AV) telah melalui proses semakan semula (revision) secara besar-besaran bermula dari tahun 1870 dengan autoriti majlis Gereja England (Church of England). Kitab tersebut yang diterbitkan pada tahun 1611 pada zaman Raja James telah pun mendapat pengiktirafan sekian lama daripada dunia Kristian sebagai ‘Kitab yang paling mulia dan tinggi di dalam frasa Inggeris’ malah ianya digelar ‘Versi yang Diakui’ (Authorized Version) .
Malangnya kitab ini terpaksa ‘diperbaiki’ kerana terdapat banyak kesalahan dan kesilapan yang serius sebagaimana yang diakui sendiri oleh para ilmuwan Kristian (bagaimanapun kitab ini masih lagi dijual di pasaran sehingga ke hari ini).
Tugas memeriksa dan menyemak semula Holy Bible KJV ini adalah bertitik tolak daripada sebab-sebab di atas dan justeru ia menjadi sangat perlu apabila berlaku perkembangan dalam pengkajian berkenaan Bible dan banyak penemuan manuskrip-manuskrip Bible (biblical manuscripts) yang lebih awal dan terdahulu daripada manuskrip-manuskrip yang digunakan ketika terjemahan dan penghasilan Holy Bible KJV diasaskan. Didapati terlalu banyak kecelaruan yang perlu diperbetulkan dan juga ayat-ayat yang perlu disingkirkan.Maka daripada penyemakan semula ini, kitab Bible The (British) Revised Version telah diterbitkan pada 1881-1885 dan American Standard Version yang dikatakan mempunyai kelainan dengan hasil gabungan dan pendekatan para ilmuwan Kristian dari Amerika pula telah diterbitkan pada tahun 1901. Pada tahun 1928, hak cipta versi yang mutakhir itu telah diperolehi Majlis Pendidikan Keagamaan Antarabangsa (International Council of Religious Education) dan kemudiannya berpindah tangan kepada pertubuhan Gereja-gereja Amerika Syarikat dan Kanada (Churches of the United States and Canada). Majlis ini telah melantik satu jawatankuasa daripada kalangan ilmuwan agama bagi memegang amanah terhadap teks Bible American Standard Version dan memikul tugas berhubung permintaan supaya dibuat penyemakan lanjutan dan revisi semula dibuat terhadap teks tersebut.
Setelah mengkaji sama ada perlu atau tidak dibuat penyemakan lanjutan ini, maka pada tahun 1937, Majlis ini telah memberi kuasa kepada jawatankuasa tersebut untuk membuat penyemakan semula.Para ilmuwan agama yang mencurahkan tenaga di dalam jawatankuasa tersebut menjalankan kerja-kerja penyemakan dalam dua bahagian, sebahagiannya menumpukan kepada proses revisi Old Testament dan sebahagian yang lain kepada bahagian New Testament. Dan pada tahun 1946, versi Bible, Revised Standard Version of the New Testament telah diterbitkan. Manakala kitab Holy Bible, Revised Standard Version (RSV) yang mengandungi kedua-dua bahagian Old Testament dan New Testament pula hanya dapat diterbitkan pada 30 September 1952. Melalui proses penyemakan semula ataupun revisi lanjutan ini, maka kitab Bible RSV ini mendapat pengiktirafan daripada kesemua gereja Kristian yang utama seperti Protestan (Protestant), Anglican, Roman Katolik (Roman Catholic) dan Ortodoks Timur (Eastern Orthodox). Jawatankuasa Bible Versi Standard Semakan Semula (The Revised Standard
Version Bible Committee) ini dianggotai oleh lebih kurang 30 orang ilmuwan lelaki dan wanita. Diwakili oleh seluruh gereja Kristian sedunia, termasuk para ilmuwan agama yang digabungkan daripada pelbagai mazhab Protestan, begitu juga beberapa ahli daripada Roman Katolik, Ortodoks dan juga Yahudi yang membantu untuk penyemakan di bahagian Old Testament.
Pada satu jangka masa, jawatankuasa ini turut dianggotai oleh beberapa ahli daripada Kanada dan England. Manakala Penerbitan Collins menyatakan kitab Bible RSV ini adalah hasil tangan 32 orang ilmuwan agama dan dibantu oleh jawatankuasa penasihat yang mewakili 50 mazhab.
Ekstradisi dan Pembuangan Ayat-ayat Palsu dan Fabrikasi
Berikutan usaha penyemakan semula ini, banyak ayat-ayat dan perkataan di dalam Bible yang telah ‘dibuang’ atau diekstrakkan keluar dari kitab Bible KJV. Ini kerana ayat-ayat tersebut tidak terdapat di dalam teks manuskrip asal yang lebih awal sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang telah disingkirkan ini dipanggil fabrikasi (fabrication) atau pemalsuan. Di antara ayat-ayat tersebut ialah ayat yang menyebut secara jelas doktrin ‘Trinity’ :
“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost : and these three are one.” (The First Epistle of John Ch.5 : V.7)
Ayat ke-7 daripada perenggan ke-5 di dalam Fasal John 1 ini telah dibuang dan digantikan dengan ‘ayat baru’. Yang mana asalnya petikan ayat-ayat tersebut di dalam Bible KJV berbunyi :
6 This is he that came by water and blood, even Jesus Christ; not by water only, but by water and blood. And it is the Spirit that beareth witness, because the Spirit is truth.
7 For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one. 8 And there are three that bear witness in earth, the Spirit, and the water, and the blood: and these three agree in one.
Manakala di dalam Bible RSV berbunyi :
6 This is he who came by water and blood, Jesus Christ, not with the water only but with the water and the blood.
7 And the Spirit is the witness, because the Spirit is the truth.
8 There are three witnesses, the Spirit, the water, and the blood; and these three agree.
Sila perhatikan perbezaan di antara kedua-dua versi ayat-ayat di atas. Sekiranya diteliti, maka kita akan dapati ayat ke-7 telah dibuang dan digantikan dengan pecahan daripada ayat ke-6. Bukankah begitu mudah untuk mengubah ‘kitab suci’?
Selain ayat-ayat, terdapat juga perkataan-perkataan yang dibuang. Contoh perkataan yang dibuang ialah ‘begotten’ daripada ayat ke-16, perenggan ke-3 Fasal John :
“For God so loved the world, that he gave his only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.”(The Gospel according to John Ch.3 : V. 16)
Di dalam Bible RSV perkataan tersebut telah dikeluarkan dan huruf ‘s’ pada perkataan“son” ditulis dengan huruf besar menjadi :
“For God so loved the world that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life.” (The Gospel according to John Ch.3 : V. 16)
Perkataan ‘begotten’ berasal daripada ‘beget’ yang digunakan dalam bahasa Inggeris klasik (kuno) dengan memberi makna : ‘be the father of (somebody)’ : ‘menjadi bapa kepada (seseorang)’.
Dan apabila perkataan ini dibuang, maka makna ayat juga berubah. Di dalam ayat yang pertama di atas ia memberi makna : “…Tuhan begitu kasihkan dunia ini, maka dia telah memberi satu-satunya anak dari hasilNya sendiri, maka barang siapa yang mempercayainya tidak akan binasa, tetapi akan memiliki kehidupan yang kekal abadi.”
Manakala ayat yang kedua pula bermaksud : “…Tuhan begitu kasihkan dunia ini, maka dia telah memberi satu-satunya anakNya, maka setiap orang yang mempercayainya tidak akan binasa, tetapi akan mendapat kehidupan yang kekal abadi.”
Perkataan ‘begotten’ juga bermaksud : ‘cause to be born; produce’ : punca atau sebab lahir; hasil .
Perkataan nista (begotten) ini telah ‘dicabut’ keluar daripada ayat tersebut kerana setelah diamati oleh jawatankuasa penyemakan semula Bible RSV, didapati perkataan tersebut adalah fabrikasi (palsu/ rekaan). Yakni, perkataan tersebutTIDAK terdapat di dalam teks manuskrip yang lebih awal. Walaupun begitu, para pendakyah Kristian masih lagi menyebarkan ajaran ‘Trinity’ dan mendakwa bahawa ‘Tuhan itu tiga’, juga para penganut Kristian masih lagi utuh mempercayai bahawa Jesus Christ adalah ‘Anak’ yang dihasilkan oleh Tuhan.
Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi ..? Jawapannya sangat mudah, sebagaimana yang pernah disebut oleh kenalan penulis, seorang bekas mubaligh Kristian. Katanya : “Orang-orang Kristian kebanyakannya tidak membaca kitab Bible, sebaliknya mereka hanya mempercayai kata-kata paderi mereka semata-mata..”
Rupa-rupanya proses revisi kitab Bible ini tidak terhenti setakat itu, atas sebab-sebab tertentu ianya ‘diperbaharui’ lagi dengan mandat yang diberikan pada tahun 1980 dan Bible ini diberi judul - New Revised Standard Version (NRSV). Bagaimanapun, penulis akan membicarakannya pada keluaran bulan hadapan. InsyaAllah.
Sebagai penutup ruangan bulan ini, penulis ingin memuatkan petikan daripada bab pendahuluan kitab-kitab Bible yang ada di tangan penulis sendiri (kedua-duanya adalah cetakan daripada penerbitan yang sama iaitu Zonderzan Publishing House), khusus bagi mereka mampu memahami bahasa Inggeris.
The Holy Bible, KJV (pg. vi):
KING JAMES VERSIONPREFACE TO THE 1873 EDITION
The most time-honored and widely used edition of the English Bible is the translation of 1611, commonly known as the Authorized Version (AV) or King James Version (KJV). But though it has served as the standard translation for millions of users through nearly four centuries, there has never been a standard edition to which all printings are conformed.The Holy Bible, New Revised Standard Version (pg. vii):To The ReaderThis preface is addressed to you by the Committee of translators, who wish to explain, as briefly as possible, the origin and character of our work. The publication of our revision is yet another step in the long, continual process of making the Bible available in the form of the English language that is most widely current in our day. To summarize in a single sentence: the New Revised Standard Version of the Bible is an authorized version of the Revised Standard Version, publised in 1952, which was a revision of the American Standard Version, published in 1901, which, in turn, embodied earlier revisions of the King James Version, published in 1611.In the course of time, the King James Version came to be regarded as "the Authorized Version." With good reason it has been termed "the noblest monument of English prose," and it has entered, as no other book has, into the making of the personal character and the public institutions of the English-speaking peoples. We owe to it an incalculable debt.Yet the King James Version has serious defects. By the middle of the nineteenth century, the development of biblical studies and the discovery of many biblical manuscripts more ancient than those on which the King James Version was based made it apparent that these defects were so many as to call for revision. The task was begun, by authority of the Church of England, in 1870. The (British) Revised Version of the Bible was published in 1881-1885; and the American Standard Version, its variant embodying the preferences of the American scholars associated with the work, was published, as was mentioned above, in 1901. In 1928 the copyright of the latter was acquired by the International Council of Religious Education and thus passed into the ownership of the Churches of the United States and Canada that were associated in this Council through their boards of education and publication.The Council appointed a committee of scholars to have charge of the text of the American Standard Version and to undertake inquiry concerning the need for further revision. After studying the
questions whether or not revision should be undertaken, and if so, what its nature and extent should be, in 1937 the Council authorized a revision. The scholars who served as members of the Committee worked in two sections, one dealing with the Old Testament and one with the New Testament. In 1946 the Revised Standard Version of the New Testament was published. The publication of the Revised Standard Version of the Bible, containing the Old and New Testaments, took place on September 30, 1952. A translation of the Apocryphal/Deuterocanonical Books of the Old Testament followed in 1957. In 1977 this collection was issued in an expanded edition, containing three additional texts received by Eastern Orthodox communions (3 and 4 Maccabees and Psalm 151). Thereafter the Revised Standard Version gained the distinction of being officially authorized for use by all major Christian churches: Protestant, Anglican, Roman Catholic, and Eastern Orthodox.The Revised Standard Version Bible Committee is a continuing body, comprising about thirty members, both men and women. Ecumenical in representation, it includes scholars affiliated with various Protestant denominations, as well as several Roman Catholic members, an Eastern Orthodox member, and a Jewish member who serves in the Old Testament section. For a period of time the Committee included several members from Canada and from England.
Rujukan:
1. Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada pengertian Al-Qur'an, JAKIM.ISBN 983-042-013-2
2. The Holy Bible, King James Version - Zondervan Publishing House, Grand Rapids, Michigan 49530. ISBN 0-310-92155-4
3. The Holy Bible, new Revised Standard Version - Zondervan Publishing House, Grand Rapids, Michigan 49530. ISBN 0-310-90236-3
4. Britannica 2002 Deluxe Edition
5. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English 4th Edition, Oxford University Press 1989. ISBN 967 65 5353 0
6. The New Method English Dictionary, New Edition - West, Micheal. Longman. ISBN 582 55522 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...